10 cara untuk berjaya dalam kehidupan.

Salam sejahtera kepada rakan-rakan di luar sana yang sudi membaca blog saya. Macam mana kehidupan anda sekarang? Adakah semakin bagus atau pun kurang memuaskan akhir-akhir ini?.
Menempuh kehidupan seharian bukanlah senang seperti yang digambarkan. Banyak cabaran dan dugaan yang mesti dihapai oleh semua orang tidak mengira usia, bangsa mahupun agama.
Hari ini saya ingin berkongsi 10 cara untuk menjadi seorang yang Berjaya dalam hidup yang mana ia dapat memberi kuasa yang berfaedah dalam kepada semua secara fizikal, mental dan rohaniah. Antaranya ialah:
1.  Miliki kehidupan yang ringkas dan tidak menjangkakan cara kehidupan.

2.  Hidup bukan untuk makan, tetapi makan untuk hidup (istilah makanan itu banyak maknanya sama ada secara zahir mahupun rohani)



3.  Jangan Cemburu dan dengki. Tidak bercakap salah. Jangan perdaya orang dengan penipuan. Tidak menyimpan perasaan dendam.   Nescaya, anda akan ceria, gembira dan tenang.




4.  Kebenaran adalah cara kehidupan. Tujulah ke jalan kejayaan dengan akur pada perintah tuhan dan tahu membezakan antara dosa dan   pahala, Insyaallah selamat.

5.  Pupuklah hati agar sentiasa lembut dengan memberi pertolongan kepada orang memerlukan, bercakap sopan, berbakti dan berakhlak      mulia. Hidup anda akan dirahmati dan diberkati Tuhan.

6. Jalani kehidupan bersederhana. Peganglah dalam diri sendiri bahawa hari ini adalah hari terakhir hidup anda, dan hargailah setiap saat     dalam beribadah kepada tuhan dan berbakti. Jadikan hidup anda berterusan dalam taat kepada Tuhan. 










7.  Hiduplah dalam kehidupan hari ini, lupakan yang lepas dan berikan harapan di masa hadapan.
8.  Fahamilah dengan betul makna sebenar kehidupan dan mulakan perjalanan anda dalam pencarian makna kehidupan sebenar.
9.  Kehidupan adalah hadiah yang paling bermakna. Hargailah setiap detik dengan keuntungan dan faedah masa akan datang.
10. Kejayan hanya datang kepada individu yang berani dan bertindak dalam kehidupan. Ia jarang datang kepada orang yang berfikira     sempit.

Saya harap, tips dan nasihat ini berguna dalam kehidupan seharian kita, jalanilah kehidupan dengan keceriaan dan kesempurnaan. Jangan biarkan diri anda diselubungi dengan masalah. Cuba selesaikan dengan bijak dan asingkan antara masalah kecil dan besar. Jangan campur adukkan ia, selesaikan yang penting dahulu baru yang biasa.
Semoga anda semua hidup aman dan bahagia. J

0 Responses

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

  • Followers