3 tips mudah bijak belanja di pasaraya


Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda 3 tips mudah berbelanja dengan bijak di pasaraya. Tips ini amat mudah dan anda boleh lakukannya sebaik sahaja anda habis membaca artikel ini. Anda pasti sedia maklum tentang betapa mudahnya wang mengalir keluar dari poket anda sekiranya anda berada di pasaraya. Hakikatnya, semasa anda berada di pasaraya, anda di kelilingi oleh pelbagai barang dan promosi yang sangat memikat hati. Jika minda anda tidak bersedia menghadapi “cabaran belanja” ini, anda pasti tumpas dan akhirnya keluar dari pasaraya dengan berbagai-bagai saiz beg plastik.

1. Sediakan senarai barang.


Pastikan anda catit terlebih dahulu barang yang hendak dibeli. Mempunyai senarai barang bermaksud anda mempunyai objektif dalam perbelanjaan anda. Anda tahu apa yang hendak dibeli. Jika tiada senarai, anda tiada hala tujuan. Inilah antara punca anda mengambil apa sahaja barang yang murah dan menarik dari rak barang walaupun anda tidak memerlukan barang tersebut. Sediakan senarai barang, mudah bukan ?

2. Peruntukkan tempoh masa yang terhad.

Semakin lama anda berada di pasaraya, semakin lama anda terdedah kepada pelbagai jenis promosi yang sememangnya bila-bila masa sahaja akan “memerangkap” anda. Peruntukkan masa yang tertentu, contoh 30 minit.

3. Pastikan anda kenyang dahulu !

Tip no 3 ini bunyinya mungkin agak kelakar bagi anda tapi percayalah, tip no 3 akan menyelamatkan sekurang-kurangnya RM10 dari poket anda. Apabila anda lapar, keinginan anda untuk membeli makanan juga besar. Di pasaraya, terdapat pelbagai makanan dalam pelbagai bentuk dan rupa. Jika anda lapar, semuanya nampak sedap. Jadi anda tidak akan teragak-agak untuk mencapai apa sahaja yang anda rasakan dapat memenuhi perut anda yang sedang lapar. Masih ingat tentang Bazar Ramadhan ? ;)
Jika anda amalkan 3 tips mudah ini, saya percaya sedikit sebanyak anda dapat mengurangkan belanja yang tidak berkenaan di pasaraya.
0 Responses

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

  • Followers